7RKN - 7 RUMPUN KELUARGA NAYAN, KELUARGA DIUTAMAKAN, KERJAYA DIDAHULUKAN

Tuesday, June 2, 2015

Pengambaran berhari raya era 60-an

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Penggambaran 7RKN berhari raya bermula selepas sahaja sembahyang fardhu 'Asar. hinggalah masuk waktu 'isya. Persiapan hanya ala kadar, sudah dimaklumkan, sambutan hari raya era 60-an. Dibayangkan suasana akan menjadi hitam putih, walaupun hakikat nya kitani memperagakan pakaian yang berwarna warni.

Fasa pertama:

Hujung  bulan Ramadhan, persiapan menyambut lebaran.
Acara mengelupis, membuat penyaram dilakukan :D siuk nya... inda merasai kemeriahan dan jua keriuhan di zaman atu. 
Tambak kayu digunakan bemasak :D bukannya mudah melakati api supaya marak. Asap nya tabun-tabun. Mun inda pandai, ada hitam muha bebidut. 

Fasa kedua:

Memperindahkan rumah kediaman sebelum menjelang 1 Syawal :D salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW. Sibuk tah jua anak-anak dara ani bekamas, membersihkan ceramin, memasang tabir, menyusun hidangan :D

Hidangan dahulu nya inda meriah banar macam masa ani, nada tapak kuda lai.. 

- kuih cincin
- kuih cacah
- kuih sapit
- kuih ardam
- kuih kuripit
- wajid
- biskut gula
- kuih jala
- buah pisang 

Fasa ketiga:

1 syawal sudah menjelang, semangat padian sangat lah tinggi. inda menunggu siang hari bagi menziarahi sanak saudara. Dengan hanya menggunakan ugan, teranglah suasana kediaman :D perjalanan memang jauh, bayangkan ada yang menziarahi dari kampung Jerudong (Jaudong) dan kampung Sengkurong (Sangkuong). 
Kami dialu-alukan masuk duduk menikmati juadah :D

Al-kisah, rombongan pertama, dengan hajat yang basar disebalik kunjungan, anak muda yang hadir, memotong kek iaitu kepala meja. :D Apa kepala meja tu? menandakan tuan rumah atu bersedia menerima menantu bagi anak perempuan mereka. 

Gambar-gambar akan dimuatnaik kemudian :D dalam galleri ah..

No comments:

Post a Comment

SENYUM

SENYUM
Kenangan di Wasai Bukit Maliging