7RKN - 7 RUMPUN KELUARGA NAYAN, KELUARGA DIUTAMAKAN, KERJAYA DIDAHULUKAN

Monday, May 4, 2015

Hari kebesaran puak Dusun, Adau Gayoh

Mei adalah merupakan hari kebesaran bagi puak Dusun, :) Di tempat lain, ada yang menyambut hari buruh dan sebagainya.

Beketepatan bulan yang meriah ani, berbagai rancangan yang diusul di Kampung Lamunin

PERASMIAN 'BINTUDOH GREENSPRING RESORT' 

SELITAN FB 


sekali lagi, Gambus Warisan 7 Rumpun Keluarga Nayan diundang bagi sama-sama menjayakan rancangan ini. Sambutan hari keluarga juga diselajurkan. Pelbagai permainan dan pameran diadakan. In sya Allah, mudah-mudahan berjalan dengan lancar.

Tadi melalui whatsapp nini tersayang, Haji Sisa memaklumkan rancangan permainan yang bakal diadakan, di antaranya:

KANAK-KANAK
  • Melukis
  • Mewarna
  • Cari benda
  • Balloon (mungkin meniup belon sampai pacah/meniup belon terbasar)
  • Belusir dalam guni 

PEREMPUAN DEWASA

  • Kupas pinang (mungkin jua ditukar kepada mengupas piasau tuha, maang sandii)
  • Gubahan bunga (balum tahu, bunga hidup kah bunga pelastik)
  • Mengail butul
  • Ngisi aing dalam butul (mudahan jua butul nya damit ehehe)
  • Selipar kayu (balum tahu apa kian paamainan nya)
  • Ping pong

LELAKI DEWASA

  • Melastik (antah apakah tu kang dilastik)
  • Dart (atoo kegamaan ayahanda ne)
  • Naik batang kayu (bila nya pandai naik, tuun nya mudahan jua pandai)
  • Belusir dalam guni
  • Orang kuat (beradu tanaga tu kang)

BERKELUARGA

  • Amazing Race (bila cakah bisai ne..)
  • Selipa kayu
  • Tarik kalat 

Tetamu kehormat bagi perasmian peranginan tersebut ialah

Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz
Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman,
Menteri KHEDN

No comments:

Post a Comment

SENYUM

SENYUM
Kenangan di Wasai Bukit Maliging