7RKN - 7 RUMPUN KELUARGA NAYAN, KELUARGA DIUTAMAKAN, KERJAYA DIDAHULUKAN

Saturday, October 31, 2015

CERIA 7RKN Sungai Basong, Tutong

ALHAMDULILLAH, dikurniakan afiat menyambung penulisan harini :D

Kesibukan makin terasa, tapi jangan lupa kesihatan perlu jua dititikbaratkan. Gambar di bawah ani kiriman whatsapp :) berehat di teratak. Oleh kerana pages galeri panuh  udah, sini saja Ana masukan :D









 Moga berajalan dengan lancar.




Thursday, October 29, 2015

Tutuk tatak tukul 7RKN

Pelbagai idea sudah dikemukakan, walaupun segelintir sahaja yang ahli 7RKN aktif. Moga Allah sahaja membalas apa jua sumbangan yang dibagi.

Di bawah, Ana selitkan gelagat durang betukang di sungai Basong, Tutong :D Allah sentiasa merahmati padian.




Entri sebelum ani Ana ada menyabut tangga kambing, tu nah gambar di atas (kanan) Pikir saja seimbang badan naik kandila ehehe




Tuh, cuba kamu liat tu lantai nya... dinding nya lagi antik :D Memori diimbas, dulu masa perumuran 7-9 tahun selalu badudun rumah nini Hj. Yusof, masih balantai cemani. Yatah, mun sudu telapas dari tangan, alamat gugur tia ke pelacahan ehehe



Kelalahan batukang.. nyabal-nyabal ampalus dulu :D

Tuesday, October 27, 2015

MALAM KEBUDAYAAN Puak Kadayan

Assalamualaikum, salam sejahtera :D

Setelah sekian lama inda terkemaskini blog ani, Alhamdulillah :) ada jua waktu terluang

Baik, tahniah pada yang baharu melangkah ke alam rumah tangga, selamat menyambut kelahiran orang baru, selamat menyambut ulang tahun perkahwinan, selama menyambut ulang tahun kelahiran dan tahniah jua kepada ahli keluarga yang bertuah memiliki kediaman sendiri :D

Kesibukan para ahli Gambus #7RKN semakin terasa.

Mari kita sama-sama mengimbas kembali cemana usulnya Umah #Kadayan aiemulanya:

Perkongsian cerita bersama ayahanda tersayang, #Sidup_Haim :D

" Lai, aiemulanya wang kitani beumah batangga kambing. Bawah umah ada kuungan hayam tu. jandila yang batungkat. Dinding daun/kulit. Tambak kayu jamu"

Sejarah puak kadayan, banyak yang inda tahu. Perhiasan nya tu karang, takiding, nyiru, tampat pembasuhan batis.Sejarah atu indah.

Pihak Jabatan daerah Tutong menganjurkan festival etnik
  TUTONG'S ETHNIC CULTURAL NIGHT SHOW  :)
puak kadayan mengambil tempat pada 16-25 November 2015
bertempat di Sungai Basong, Tutong

Risalah yang dihantar melalui media sosial cantik, tetapi lagi indah, mudah difahami, halus jika menggunakan BAHASA MELAYU, bagi menyahut seruan titah KDYMM mengingatkan supaya usaha ke arah mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara TIDAK diabaikan. Adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat dan penduduk di negara ini mengamalkan bahasa Melayu.... (petikan titah 15 Julai 1988) 






SENYUM

SENYUM
Kenangan di Wasai Bukit Maliging