Assalamualaikum :D
Akhirnya dapat jua sign in blog ani, password kena hack. Syukur dapat jua dijejak.
Perkembangan semasa, aktiviti-aktiviti kami ahli 7 Rumpun Keluarga Nayan yang dihormati :
Pada 19 Oktober 2014, ahli 7RKN terbabit dalam perbarisan lalu sempena perayaan 68. Acara sangat gemilang :) happy sangat semua berjalan dengan jayanya. Setiap minggu menjalankan latihan bagi memastikan kesempurnaan susunan nada, irama, tari dan vokal.
Para penari tarian asli adalah dari generasi muda :) (sweet) jatuh cinta dengan kesungguhan durang belatih. Perbarisan inda mengambil masa yang panjang, tapi memang memuaskan para penonton yang hadir. Sorakan dari tetamu terhormat memang menambah lagi semangat membuat persembahan, walaupun sudah limpas tengahari, tapi bahang aspal atu kakal jua hangat. Dua jenis tarian diperlihatkan. Tarian Adai-adai & Joget.
Indah memakai baju puak kadayan - kain hitam, berjalur merah
ada yang memakai baju kurung bekain salindang, beselipar gatah (jipun)
Kanak-kanak yang berada dibarisan hadapan ada yang menyikut takiding :) semangat nya tinggi. Md. Darwisy Raffique dan Md. Aiman Hidayatullah turut serta jua dalam perbarisan ani :)
gambar terkini balum upload :)
Pemain Gambus Warisan 7RKN keseluruhannya terdiri dari ahli keluarga besar 7RKN.
Selain dari gambus, biola jua digesek. Pemain veteran dan generasi muda begabung untuk melahirkan musik yang indah dan teratur.
Diantara pemain yang terbabit :
(jika ada yang ketinggalan akan dikemaskini kemudian)
Gambus
Hanis bin Haji Sisa
Biola
Sidup bin Haim
Tambur
-
Tamrin
-
Penyanyi
Karim, Mila & Asrinah
Penari yang terlibat:
(jika ada yang ketinggalan akan dikemaskini kemudian)
Keseluruhannya, persefahaman atu tangga kejayaan :) bangga begabung semua.
Jumpa lagi next entry..