7RKN - 7 RUMPUN KELUARGA NAYAN, KELUARGA DIUTAMAKAN, KERJAYA DIDAHULUKAN

Monday, May 15, 2023

Aidilfitri 2023

 Assalamualaikum, salam sejahtera warga blogger :) 
2023 membuka tirai baharu menyambut aidilfitri yang sederhana. Moga sihat selalu.
 
Awalnya, 
kitani sedekahkan Al-Fatihah khusus ahli kerabat yang telah meninggalkan kitani. Secara am nya buat ahli kesayangan kitani yang masih ada.
Moga rahmat Allah sentiasa mengiringi arwah dan kitani jua. Amin
 
https://www.almukhlisin.my/wp-content/uploads/2016/12/alfatihah-1024x1024.png 
 
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
 
Ikhlas daripada :
Warga 7 Rumpun Keluarga Nayan
 

Tuesday, December 15, 2020

KLIK! KLIK!

 Pratonton imej   Pratonton imej

"MAKE YOUR OWN PARANG HERE"

ani tah yang durang tepakai banar 😁

 Pratonton imej

Pratonton imej

Pratonton imej

HARI KELUARGA 7RKN 2020

Pratonton imej

13 Disember 2020, Ahad

 Alhamdulillah, persiapan untuk kelangsungan acara perkumpulan keluarga berjalan dengan lancarnya, dengan jayanya. Tahniah kepada ahli keluarga yang terbabit

 Bagi memeriahkan lagi acara ani, program kegiatan sudah pun diedarkan awal.

Diantaranya,

- Senamrobik

- Pertandingan bunga-bunga hidup, pertandingan ini hanya terbuka bagi beberapa kategori. Kategori bunga raya, bunga puding, bunga keladi dan bunga kertas

- Cabutan bertuah

- Jualan bunga-bunga hidup

- Persembahan tarian

-  Memancing

- Teka nama bunga

dan sebagainya...


Kemeriahan ditambah dengan kehadiran pengungjung-pengunjung luar dan jua tempatan.


Wednesday, August 12, 2020

Usaha

 Alhamdulillah

Memasuki tahun 2020

Ogos, 12

Ngah Harun menjadi paparan di dalam keratan akhbar tempatan

Moga usaha warga 7RKN dikekalkan

Amin

 Pratonton imej

Monday, March 19, 2018

MAC 18

Alhamdulillah,
Assalamualaikum, salam sejahtera

Ana doakan mudahan kitani sentiasa diluaskan rezeki serta di dalam lindungan Allah
Amin

Keluarga ku sayang
Walaupun berjauhan
Girang tawamu tembus kedengaran
Perpautan tujuh bahu
Simbolik kekuatan ikatan kitani
Tujuh Rumpun Keluarga Nayan
Bersatu hatilah
Bersatu pendapatlah
Bersatu kitani memperkuatkan ikatan
Irama gambus
Rentak tari
Rentak sukan
Rentak mukun
Rentak pantun
Rentak keagamaan ditinggal tidak
Menjadi kebanggaan kitani

Keluarga ku sayang
Peliharalah ikatan ini
Hingga akhir hayat

#hatisafra


 














Ayahanda tersayang, Sidup bin Haim salah seorang wakil daripada keluarga Hajah Misah.
Alhamdulillah... mencuri waktu untuk berinteraksi bersama kerabat yang lain.


Daripada maklumat nini Haji Sisa, pada April 14, 2018. Dengan izin Allah, akan makan doa arwah
Mudahan dipermudahkan perancangan. Amin

Salam sayang,
Safwanah


Tuesday, March 6, 2018

2018 Tiba...

Assalamualaikum, 😀
Selamat datang tahun 2018 

Alhamdulillah, kitani sampai menjejak tahun 2018. Balum batah ani 7 Rumpun Keluarga Nayan membuat  rombongan ke Lawas, Malaysia bagi memperluas pengetahuan dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama darah kadayan

Kunjungan 7 Rumpun Keluarga Naya disambut dengan pukulan hadrah terdiri daripada anak remaja perempuan dan wanita. 

Hitam merah adalah warna kebanggaan darah kadayan. 

Salam sayang,
Safwanah

Ana sambung lagi kemudian, insya Allah 😀

Tuesday, July 18, 2017

Daulat Kebawah Duli Tuan Patik

Alhamdulillah tahun ani KDYMM sudah mencapai usia yang ke-71,  bersyukur ke hadrat Ilahi.

Tahun ani, Gambus Warisan 7 Rumpun Keluarga Nayan sekali terpilih bagi persembahan hari keputeraan KDYMM. Daerah Tutong menjadi pilihan yang pertama bagi upacara bercemar duli KDYMM pada 18/7/2017.

TAHNIAH kepada yang terbabit :D Ana inda belaku turun padang hari ani, kesihatan inda mengizinkan. Di dalam page ani Ani ana muatnaik beberapa gambar dan link bagi rujukan gambar :D

https://drive.google.com/folderview?id=0B_-uCKXQgegnVnpPOENmdlpXWVk

atau

TEKAN sini  :D

Salam sayang,
Safwanah

Semoga berjalan dengan lancar bagi persembahan gabungan dengan PEMEDAYAN bagi persembahan malam daerah Brunei Muara :D

Saturday, January 7, 2017

Lawatan dan lawatan lagi...

Alhamdulillah, makin banyak agensi yang berminat :)

Harini ada lawatan dari Fam & DARE sokongan yang bererti dalam keusahawanan :)






SENYUM

SENYUM
Kenangan di Wasai Bukit Maliging